Friday, May 25, 2007

Satu permulaan, satu penamat


Alhamdulliah, setelah sekian lama impian untuk mempunyai blog, akhirnya tercapai di saat2 sahabat2 mula meninggalkan universiti..
Tidak ku sangka teknologi sudah secanggih ini, dengan mudah orang yang jahil seperti ku dalam bidang komputer dapat mempunyai blog sendiri.. hanya memilh template dan tambah beberapa element .. blog yang diimpikan terhasil..
Apapun bukan itu yang aku ingin post kan pada waktu ini.. cuma meluahkan apa yang ku fikir setelah habis sahaja peperiksaan semalam.. ku sangkakan bahawa itulah penamat bagi semester yang ini. Mungkin itu juga perkara yang difikirkan sahabat ku ...
Merenung kembali semester yang sudah berlalu ini, tidaklah dapat ku gambarkan dengan satu perkataan, kerana terlampau banyak suka mahupun duka yang ku alami sepanjang sem ini.. mungkin setelah mendapat result exam baru dapat ku ungkapkan perkataan ajaib itu.. Terlintas ku kepada status ym sahabat ku, ' berakhirnya sem yang menggembiran' benar2 membuatkan ku terfikir.. apa yang boleh membuatkan sesuate sem itu menjadi yang menggembirakan dan terbaik untuk aku.. apakah dengan mendapatkan keputusan yang baik dalam test, quiz dan exam.. apakah itu yang menggembirakan kita. Atau pengalaman yang dikutip semasa menjadi jawatankusa MPP, YEC, RC atau kelab2 lain..mungkin lain orang lain pemikirannya, terpulang kepada individu..
Terngiang2 kata2 rakan2 ku semasa akhir sem lepas berazam sem seterusnya akan dijadikan seperti study week n exam week, berusaha dari awal.. tetapi seperti biasenya perkara ini hanyalah angan2.. dan perkara sama berlaku di saat exam sem ini berlangsung..
Satu permulaan, satu penamat hanyalah satu tajuk yang ku fikirkan sesuai untuk post ku yg pertama ini.. Dimana kita lihat bahawa setiap satu permulaan itu ada penamat nya.. dan satu penamat itu ade permulaan nya.. tamat nya sem ni bermakna mulanya sem hadapan.. Begitu juga kalau ingin kita analogikan dengan kehidupan kita di dunia ini.. Akhirnya saat kita di rahim ibu kita bermakna bermulanya kehidupan kita di dunia..
Akhirnya kehidupan di dunia, maka bermula lah kehidupan barzakh dan begitu lah seterusnya.. Tiada masa untuk kita berhenti, tiada masa untuk bersenang-lenang.. sampailah saat kita menghembus nafas kita yang terakhir..
Mungkin itu sahaja sebagai mukadimmah kepada blog ini.. takut terlampau meleret untuk satu perjuangan di alam maya..

No comments: