Saturday, May 26, 2007

Hari Terakhir

Baru seperti semalam rasanya aku melangkah diri kampus untuk hari pertama lecture...


Sedar x sedar, hari ini adalah hari terakhir ku berada di universiti untuk semester ini... Masa yang dirasakan pantas berlalu.. menimbulkan sedikit kekesalan di benak hati ini... Benar lah pepatah arab yang menyatakan masa itu pedang, jika kita tidak memancungnya, maka ia akan memancung kita...


Sebelum melangkah keluar dari kampus ini, yang mungkin tidak sampai sejam dari waktu ku menulis post ini, ku ingin mengunkapkan seribu kemaafaan dan berjuta terima kasih kepada setiap individu, sahabat, lecturer, mak cik cleaner, mak cik cafe dan banyak lagi...
Kerana mereka ini lah ku masih berdiri disini, di kelilingi persekitaran yang sangat cantik..


Benarlah firman Allah yang menyatakan tiada benda yang sia2 di muka bumi ini, sedangkan lalat juga mempunyai fungsinya... Bayangkan tanpa lalat bagaimana kita hendak mengetahui persekitaran kita kotor...

Alangkah indah nya ciptaan Allah..

Berbalik kepada suasana di kampus.. Sekali lagi ku ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat2 ku yang membantu ku disaat senang dan susah.. Yang mengajarku, yang memberi jawapan assignment, yang mengingatkan ku, yang mengajak ku makan, yang mengejutkan aku untuk solat, yang meminjamkan kereta, mereka inilah yang berjasa kepadaku... Ini mungkin cuma sebagai contoh disebalik ribuan lagi bantuan yang pernah di berikan...

Namun di sebalik, persahabatan pasti ada silapnya, maka ku mohon seribu kemaafan dari sahabat2 sekalian, kerana ku hanyalah insan yang biasa.. pasti ada silapnya... mungkin ada yang berkecil hati, ada yang marah, ada yang sedih... maka ku amat berharap kemaafan dapat di berikan kepada ku..Kerana dosa ku dgn para sahabat hanya dapat di hapuskan sekiranya sahabat ku memaafkan ku..

Doakan ku menjadi insan yang lebih baik di semester mendatang sekiranya diri ini masih hidup.. sebab mati pasti akan datang.. cuma tidak tahu kedatangnya.. teringat kisah semalam dimana salah seorang sahabatku, mengalami kemalangan.. mujur tidak ada kecedaraan parah berlaku.. Ini meningatkan ku tentang mati.. bahawa kita blh mati bila2 masa sahaja jika Allah hendak mengambil nyawaku..


Doakan juga kejayaan kita dalam peperiksaan kali ini, sebab usaha sudah dilakukan, cuma tawwakal sahaja yang tinggal.. moga2 ada diantara kita di kurniakan dean list..amin..

1 comment:

Unknown said...

Erm btul tu.
Aku pun nak minta maaf gak.