Tuesday, July 27, 2010

Zon Selesa



Satu eksperimen dibuat, seekor katak menjadi bahan ujinya.

Ujian yang pertama, seekor katak diletakkan di dalam satu mangkuk yang mengandungi air yang sangat panas, dan dengan serta merta katak itu melompat keluar dari mangkuk tersebut.

Ujian yang kedua, seekor katak diletakkan di dalam satu mangkuk yang mengandungi air sejuk. Katak tersebut berasa selesa dan berenang-renang kesukaan.

Mangkuk yang mengandungi katak itu kemudiannya dipanaskan perlahan-lahan.

Mengejutkan, katak itu masih berasa selesa dan tidak keluar walaupun suhu air di dalam mangkuk semakin meningkat dan akhirnya katak itu mati dalam rebusan air di dalam mangkuk itu.


Pepatah arab ada mengatakan rosaknya air kerana statiknya, rosaknya pemuda disebabkan banyak masa lapangnya.

Merasa selesa dengan keadaan sekarang? Mungkin itu petanda yang tidak baik untuk kita..

Lakukan perubahan, tapi pastikan perubahan itu ke arah yang lebih baik dan bukan sebaliknya..


Saidina Ali kwh pernah berkata:

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam

Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam

Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam"


Berkata Imam Ghazali:

"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun jua rembulan

Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali

Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan

Semalam yang terluput mengukir sesalan

Yang ada hanya hari ini dan akan datang

Gunakanlah hari ini dengan sebaiknya

Kerana esok belum tentu milik kita

Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya"



Ayuh pemuda, lakukan perubahan !!


Sunday, July 25, 2010

Hujan Episod 2


Ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari..

Hidup tidak seperti yang semudah disangkakan, ada cabaran yang menanti ditengah jalan

Hujan akan datang apabila cukup syaratnya, apabila wap air, dikumpulkan dan cukup beratnya, maka gempulan awan akan dikondensasikan semula menjadi air hujan.

Pertolongan Allah juga akan datang apabila cukup syaratnya, apabila usaha2 kita menepati apa yang ada didalam kitab-Nya

Man jadda, Wa jadda - Siapa yang berusaha, dia yang akan mendapatkannya.

Hendakkan pekerjaan, kena mencari, tidak boleh duduk sahaja mengharapkan panggilan Interview dan mengharapkan orang menghulurkan kerja yang diimpikan.

Hendakkan wang, sama juga konsepnya.

Kejarlah dunia, tapi akhirat jangan dilupa.


Hujan


Tenangkan hati dengan Zikrullah...