Thursday, March 4, 2010

Suatu Perkenalan

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Al- Hujurat : Ayat-13)

"Sedihnya, baru harini kenal, kau nak berhenti dah" sapaan terakhir rakanku di hari terakhir aku menjalani training di TTDI, Damansara..

Berjumpa, berkenalan, dan kemudian berpisah..

Sifat manusia, secara semulajadi untuk mengetahui sesuatu perkara, mengenali seseorang..

Lain jantinanya, lain bangsanya, lain sukunya merupakan suatu perbezaan yang menyebabkan manusia lebih cenderung untuk lebih mengetahui antara satu sama lain..

"Orang lahir bulan 6 nie, die kurang kerja-kerja multi-tasking ni" kata sahabatku..

Ah, semakin bertambah perbezaan.. bukan sekadar fizikal, sifat dan sikap juga berbeza..

Semakin sukar untuk mengenali.. apatah lagi memahami..

HORMATI ORANG LAIN

"Layanlah orang lain, sepertimana anda mahu anda dilayan" ucap Trainerku sewaktu Training..

Persoalannya, layanan apa yang anda mahukan?

Tentu sekali ramai yang akan menjawab, orang itu mestilah senyum, bercakap dengan suara yang sopan dan lagi indah jika dia mendoakan anda..

Allah, bukankah itu yang diajar oleh Islam, oleh Nabi SAW..

Memberi salam buat saudara yang kita jumpa, senyum dan menghormatinya...

Ikhlaskan niat, tambahkan taqwa..

Sama-samalah kita mengejar untuk mendapatkan lindungan Arasy Allah yang salah satu golongan yang termasuk didalamnya ialah


2 orang yang bertemu dan berpisahnya kerana Allah SWT...



Wednesday, March 3, 2010

Istikharah lah~


"Ms... I got something to discuss with you.." berat perkataan ini untuk keluar memandangkan kami baru tamat soft skills training selama 5 hari di Semua House...

Trainerku, Ms Uma seorang yg sangat ceria dan sangat bertenaga dalam mengendalikan slotnya...

"So, what the thing you want to discuss" katanya..

"Hmm, i got a phone call just now, offering me a new job kat terengganu,".. as engineer sambungku...

"Ooh, that's great.. so what's the problem right now? You are undecided, to stay or to accept the offer ? " balasnya dengan senyuman..

" Yeah.."jawabku perlahan.. berat hatiku untuk melukakan hati trainerku yang banyak memberi motivasi kepadaku dan rakan2 untuk bersemangat dalam bekerja...

Panjang penjelasanya .... dan akhirnya dia mengakhirkannya dengan satu ayat..

"It's all about passion" Where's ur passion.. If you passion with something, than you will be succeed" Ms Umar Mengakhirkan diskusi itu..

" Passion" aku suka mengtafsirkan sebagai " Semangat"

Mungkin sesuatu itu kita tidak minat, tapi kita perlu semangat untuk melakukannya...

Mudah untuk mengatakan, tapi payah untuk mengekalkannya...

HIDUP INI SATU PILIHAN

Pilihan kita... untuk memilih untuk bersemangat atau tidak.. minat atau tidak..

Semua ini keputusan yang besar yang mesti kita buat..

Dari sekecil-kecil memilih baju yang hendak dipakai hari ini ke persoalan memilih pasangan, semua ini merupakan satu keputusan yang mesti kita pilih.

Hendak bekerja di mana, di syarikat apa, persoalan gaji semua ini merupakan keputusan besar yang mesti dibuat oleh sahabat2 ku buat masa ini

Keliru, tidak tahu membuat keputusan..

Doa, Solat Istikharah, berbincangan, minta nasihat, melalui pengalaman..

Semua ini kaedah untuk membantu kita dalam membuat keputusan..

Solat Istikharah

" Nta istikharah dulu, nanti nta beritahu ana siapa yang nta pilih" nasihat 'orang tengah' kepada seorang yang hendak berbaitul muslim.

" Nak terima ke tidak", seorang muslimah bertanya kepada sahabiahnya

" Nti solat istikharah dulu mintak petunjuk dari Allah" kata sahabiahnya..

Perbualan biasa dikalangan mereka yang ingin berbaitul Muslim, hendak memilih pasangan..

Tapi itu sahaja kah funginya

Tentunya tidak, tetapi juga sebagai kaedah kita dalam membuat pilihan dalam kehidupan sehari-hari..

Untuk memilih menjadi orang baik atau tidak, untuk menunaikan solat atau tidak, untuk mengikut hukum Allah atau tidak, semua ini pilihan kita..

Ketetapannya jelas, tapi kitalah yang memilihnya

Tepuk dada, tanya Iman

Moga-moga Allah melindungi kita dari membuat keputusan yang salah..



3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus;
ada yang bersyukur dan
ada pula yang kafir.


Al-Insaan: Ayat 3