Thursday, March 4, 2010

Suatu Perkenalan

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Al- Hujurat : Ayat-13)

"Sedihnya, baru harini kenal, kau nak berhenti dah" sapaan terakhir rakanku di hari terakhir aku menjalani training di TTDI, Damansara..

Berjumpa, berkenalan, dan kemudian berpisah..

Sifat manusia, secara semulajadi untuk mengetahui sesuatu perkara, mengenali seseorang..

Lain jantinanya, lain bangsanya, lain sukunya merupakan suatu perbezaan yang menyebabkan manusia lebih cenderung untuk lebih mengetahui antara satu sama lain..

"Orang lahir bulan 6 nie, die kurang kerja-kerja multi-tasking ni" kata sahabatku..

Ah, semakin bertambah perbezaan.. bukan sekadar fizikal, sifat dan sikap juga berbeza..

Semakin sukar untuk mengenali.. apatah lagi memahami..

HORMATI ORANG LAIN

"Layanlah orang lain, sepertimana anda mahu anda dilayan" ucap Trainerku sewaktu Training..

Persoalannya, layanan apa yang anda mahukan?

Tentu sekali ramai yang akan menjawab, orang itu mestilah senyum, bercakap dengan suara yang sopan dan lagi indah jika dia mendoakan anda..

Allah, bukankah itu yang diajar oleh Islam, oleh Nabi SAW..

Memberi salam buat saudara yang kita jumpa, senyum dan menghormatinya...

Ikhlaskan niat, tambahkan taqwa..

Sama-samalah kita mengejar untuk mendapatkan lindungan Arasy Allah yang salah satu golongan yang termasuk didalamnya ialah


2 orang yang bertemu dan berpisahnya kerana Allah SWT...



No comments: