Friday, August 24, 2007

Penyelesaian dengan Aplikasi Sains

Salam ukhuwwah..

Termenungku seketika memikirkan apa yang kupelajari petang tadi....

KU cuba mengaitkan apa yang kupelajari dengan realiti kehidupan di dunia ini...
Health Safety and Management(HSE) & Process Safety and Loss Prevention (PSLP), ape kene mengena kedua subjek ini dengan kehidupan ku sekarang.. Bukankah ia hanya perkara yang boleh diaplikasi kan di lab, kilang dan plant semata2. Mungkin itu yang akan diucapkan sesetengah pelajar..

Tapi mengenang kembali komen2 yang ku baca dari sebuah blog.. aku yakin aku sudah menemui jawapan kepada permasalahan yang timbul dan sering mengelirukan masyarakat..
Dan yang paling jawapannya terletak pada subjek yang kusebut tadi..

Hazards..yang bermaksud 'anything that can cause harm' .. Dan cara yang paling berkesan dalam mengawal hazards ialah Engineering Control diikuti Administrative control dan Terakhir ialah PPE iaitu Personal Perotactive Equipment..

Persoalan yang pernah ditanya kepada pensyarahku, Mr Azizul.. Mengapa PPE di letakkan sebagai solution yang terakhir?

Jawapannya ialah kerana "Human Factor". Penerangannya bahawa menjadi sifat manusia yang setiap nya mempunyai latar belakang dan sikap yang berbeza.. Sikap manusia secara lumrahnya sangat sukar dikawal..apa yang dilarang, itu lah hendak dilakukan. Manusia suka mencuba sesuatu yang baru walaupun diketahui bahayanya..Ada arahan memakai PPE, tapi pasti ada yang berkelakuan 'berani' dengan meninggalkannye..

Berbalik kepada masalah sosial semakin teruk menimpa mahasiswa.. dari sinilah dpt kita ambik pengajran..


Cuba kita menggangap masalah sosial sebagai hazards...contohnya konsert ..
Ada yang menggangap terpulang kepada sikap masing2 untuk hadir ke konsert ataupun tidak.. Terpulang kepada individu terbabit untuk berkelakuan baik..

Hati manusia mungkin ada yang berniat baik, dan juga yang berniat buruk, datang ke konsert untuk memuaskan nafsu..

Maksiat sudah terhidang di depan mata, cuma hanya iman yang menjadi penghalang

Kalau masih beriman, Alhamdulillah, tetapi jika imannya sudah senipis kulit bawang..

Sebab itu antara Islam menyediakan penyelesaian yang terbaik. Jikalau sesuatu itu bukan keperluan yang mendesak, kenapa perlu diadakan.

Konsep itu diaplikasi dalam engineering control dimana sesuatu hazards itu perlu dielakkan untuk dicipta

Jikalau sesuatu itu memang perlu atas desakan masyarakat atau sesuatu maslahah, maka timbullah peranan pemerintah, mengadakan peraturan2 tertentu untuk mengelakkan berlaku sesuatu hazard dalam masyarakat.

Indahnya Islam..

Sains diaplikasikan mengikut konsep yang Islam bawak

Baruku sedar atas tanggungjawab fardhu kifayah yang ku pegang untuk umat ini.


p/s: Post ini ditulis 2 tahun yang lalu