Thursday, September 27, 2007

Akar kepada masalah

Salam ramadhan..

Hari ini genap 2 bulan sejak kali terakhir ku meng’update’ blog ini.. Bukan kerna tidak mahu atau tidak punyai idea..tetapi mungkin kesuntukan masa menjadi penghalang..


Hari ini hari ke-15 ramadhan.. sedar x sedar kita sudah sampai ke pertengahan penghulu segala bulan ini.. Esok, kita akan menghadapi separuh masa kedua dalam perlawanan menentang nafsu yang insyaallah piala nye ialah piala fitrah.. bagaimana prestasi kita.. hanya kita yang tahu kedudukan kita..


Sejak akhir-akhir ini.. kita digemparkan dengan permergian allayarham adik nurul jazlin yang permergian cukup menghayat hati.. bagaimana kanak2 sekecil itu boleh diperlakukan sedemikina rupa.. tidak ada belas kasihan kah di hati pembunuh itu?


Ini bukan peristiwa pertama dan ini mungkin juga bukan isu terakhir..


Dan ini juga masalah yg sulung.. banyak lg kes yg kite dengar di akhbar2..

Tentang pembunuhan, tentang rasuah, tentang rogol...


Dimanakah akhirnya kite semua ini..?


Satu persoalan yang mesti berada pada insan yang peka dengan masalah masyarakat..


Cukup kah kita sekadar membuat cadangan untuk sekolah satu sesi?


Adakah cadangan itu dapat menghalang rasuah?..


Fikir2kan lah..


Kadang2 kita suka menyalahkan orang lain2.. Bukan tidak boleh tapi kita juga perlu lihat sendiri apa kesilapan kita sendiri..


Kecewa dengan kenyataan seorang menteri untuk mendakwa ibu bapa allayarham kerana tidak memberi pengawasan kepada anak mereka.. Adakah ini sikap seorang pemimpin?


Tidak kasihan dia kepada ibu bapa ini yang baru kehilangan anak mereka...baru kematian anak kemudian hendak dibawa ke mahkamah pula.. pemimpin jenis apakah ini? Cuab lari dari tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain..

Ku tertarik dengan huraian panjang lebar sahabat ku di blog nye.. boleh tekan di link ini

http://jiwamuda.blogspot.com/

tentang beberapa pandangan nya tentang akar kepada semua masalah ini..


Ingatlah bahawa masalah tidak akan dapat selesai jika kita melihat masalah itu hanya dari permukaan nya sahaja..ia mesti dilihat dari akarnya..


Pihak yang berkuasa perlulah membuat kajian tentang masalah ini..supaya perkara seperti ini diharap tidak akan berulang..


Janganlah tindakan hanya diambil selepas kejadian berlaku..” jangan dah terhantuk baru nak terngadah”..kata2 orang tua kita..kata2 yang ringkas tapi cukup berhikmah..