Tuesday, October 7, 2008

Kafarah Dosa




" Hisham, pak cik usop dah meninggal dunia di hospital" aku dikejutkan dari asyik menonton bolasepak di kaca tv.


Allah, Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Kata hatiku. Terus aku mengimbau kembali di pagi raya dimana aku menyapa beliau..

"PakCik, balik mana tahun ni"? Sapaku kepada orang yang pernah ku takuti dulu..

Aah, naik kereta.. jawabnya.. Aku hanya mampu tersenyum.. Mungkin soalanku tidak didengarinya.. Bisik hatiku..

Aku sesekali tidak menyangka bahawa itu lah pertemuan ku yang terakhir dengannya..


Mungkin itu sudah tersurat buatnya, dan moga2 sakitnya semasa sakaratul maut, menjadi kafarah dosa yang menghapuskan segala baki2 dosa yang tinggal selepas bulan ramadhan. ..

Al- Fatihah.