Friday, November 28, 2008

Tuesday, October 7, 2008

Kafarah Dosa




" Hisham, pak cik usop dah meninggal dunia di hospital" aku dikejutkan dari asyik menonton bolasepak di kaca tv.


Allah, Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Kata hatiku. Terus aku mengimbau kembali di pagi raya dimana aku menyapa beliau..

"PakCik, balik mana tahun ni"? Sapaku kepada orang yang pernah ku takuti dulu..

Aah, naik kereta.. jawabnya.. Aku hanya mampu tersenyum.. Mungkin soalanku tidak didengarinya.. Bisik hatiku..

Aku sesekali tidak menyangka bahawa itu lah pertemuan ku yang terakhir dengannya..


Mungkin itu sudah tersurat buatnya, dan moga2 sakitnya semasa sakaratul maut, menjadi kafarah dosa yang menghapuskan segala baki2 dosa yang tinggal selepas bulan ramadhan. ..

Al- Fatihah.

Tuesday, September 30, 2008

Hari Raya: Antara Kebahagiaan Dan Kecelakaan


Salam Aidilfitri,


Syukur kepada Allah SWT, dengan nikmatnya kita dapat mengharungi tamrin atau pusat didikan ramadhan. Berjaya atau tidak, tepuk dada, tanya iman. Kesannya dapat kita lihat di bulan syawal nanti..


Seringkali kita berpuasa di bulan ramadan kita akan tiba dihari raya. Hari untuk kita bergembira dan hari orang mukmin bergembira, satunya kita berbuka dan satu lagi kita bertemu dengan Allah..



Terlepas sudah malam lailatul qadar, terlepas sudah solat tarawikh, kita sudah kembali ke kehidupan biasa kita.. makan tengahari, sarapan. Keistimewaan sudah ditarik, tapi itu sepatutnya menjadi force kepada kita untuk lebih meningkatkan prestasi di bulan2 yang mendatang ini.


Aku Ingin melihat masjid dan surau penuh seperti di bulan ramadan... bukan hanya penuh di malam jumaat dan solat jumaat.


Satu indicator prestasi, satu kpi sejauh mana ibadat kita menuju satu misi, menjadi hamba Allah yang bertaqwa..


Takut dan sedih teringat hadis nabi yang mengaminkan doa jibril untuk kecelakaan kepada orang yang tidak mendapat keampuan setelah tamat didikan ramadan... Allah


Mungkin boleh jika kita mengambil masa sedikit di bulan syawal ini untuk bermuhasabah prestasi kita di bulan ramadan.. mudah-mudahan kita menjadi orang yang berbahagia dan bukan orang yang celaka di sisi Allah Taala.




" Selamat Hari Raya Aidilfitri' "