Monday, October 8, 2007

Dosa-dosa Silam

Salam Persahabatan


Fikiran ku mengimbas kembali…Apa penyebab segala dugaan menimpaku satu ketika dahulu


Lepas satu..satu.


Tabahku hadapinya tapi ku terlupa sesuatu..


Hikmah di sebaliknya..


Dugaan itu bukan datang tanpa penyebabnya dan baru ku tahu..bahawa penyebabnya adalah aku.


Akulah penyebab kepada hanphone ku yang hilang, kemalangan yang ku hadapi, komputer ku yang bermasalah dan banyak lagi..


Apakah dosaku? Apa salahku ... Biar lah ku simpan untuk diriku..


Alhamdulillah kerana Allah masih hendak memberi peringatan kepadaku..Bagaimana jika dosaku ini dibiarkan begitu sahaja tanpa peringatan didunia ini? Mungkin aku dikenakan balasan di akhirat yang balasan nya jauh lebih dasyat berbanding balasan di dunia ini..


Apakah masih ada ruang buatku untuk bertaubat? Berada pada 10 malam terakhir dalam
ramadan ini merupakan satu tawaran yang sangat lumayan buat hambanya yang ingin bertaubat..Kenapa?


Bayangkan jika kita membeli sehelai baju dan sebagai hadiah nya anda diberi 1000 baju yang secara percuma yang kualitinya jauh lebih baik dari baju yang kita beli..?


Ganjaran didunia..bayangkan ganjaran diakhirat..


Ya Alllah maha pemurahnya Engkau..


Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanlah mereka
sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil. Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, maka ampunilah kami dan janganlah kau masukkan kami kedalam golongan yang rugi..