Wednesday, August 11, 2010

Ramadan: Peluang untuk Meningkatkan darjat


Dalam kita mengejar matlamat kita untuk mendapatkan taqwa, kadang-kadang kita lupa taqwa itu adalah darjat disisi Allah.

Analoginya mudah, seseorang yang hendakkan jawatan yang lebih tinggi mestilah mempunyai kriteria-kriteria atau dalam bahasa professionalnya, Key Performance Indicator(KPI) yang perlu dicapai.

Apakah cukup dengan sekadar berpuasa?

Sedangkan solatnya ditinggalkan.. Masanya dibazirkan entah untuk apa.

Bagaimana jawapan Ubai kepada soalan Umar al-Khattab yang taqwa ialah bagaimana engkau berjalan di satu jalan yang penuh berduri.. penuh berhati-hati dan melihat keadaan sekeliling.

Tapi persoalannya bagaimanakah jika duri itu pun tidak dikenal.. ataupun papan peringatan tentang banyaknya duri dijalan itu tidak diendahkan..

Merasa diri hebat, tidak perlukan bantuan dan tidak mahu menambahkan ilmu..

Maka terpijaklah duri itu akan orang-orang seperti ini..

Maka, tingkatkan lah darjat kita kepada tingkat orang yang bertaqwa.. Gunakan lah masa sebaiknya didalam bulan Ramadan ini.

Ustaz Ibrahim Tuan Man dalam kuliahnya mengatakan 2 cara untuk kita meningkatkan darjat kita :

1. Iman
2. Ilmu

Pertingkatkan Iman kita dengan banyakkan beramal, solat sunat, sedekah, zakat, dan zikir2 yang mathurat.

Pertingkatkan Ilmu kita dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, tazkirah, tamrin dan rajinkan diri mendengar kuliah-kuliah audio di setiap masa.

Insyallah, dengan meningkatnya ilmu dan iman kita, Allah akan mengangkat kita ke satu tahap darjat yang kita semua impikan, iaitu orang-orang yang bertaqwa.


"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat"

Al-mujadilah : 11

No comments: